Salam, lama sungguh aku tidak menulis di blog ini. Mungkin aku telah ketandusan idea dek kerana kebelakangan ini aku kurang membaca untuk mengisi kekosong ruang waktu yang kian pantas berlalu dan akhirnya secara langsung memendekkan umurku. Hmmm..apa-apa pun, buat masa sekarang, elok rasanya aku mengulas isu Fanatik. Kenapa kita bersikap fanatik? Adakah sebab kita terlampau minat, teruja atau ghairah untuk mendapatkan ataupun mempertahankan sesuatu. Kenapa adanya sikap fanatik dalam diri kita? Aku sendiri memang tidak mempunyai jawapan khusus untuk menjawab soalan itu. Kalau ada sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi dengan memberi komen pasal topik ini. Adakah fanatik yang ada dalam diri kita ini hanya bersikap sementara macam tukul dengan pemahat atau akan bertahan untuk selama-lamanya sehingga akhir hayat kita. Apakah kerana sikap fanatik ini hanya membawa keburukan dan kemusnahan pada diri kita tanpa membawa sedikitpun kebaikan pada diri kita? Secara jujur, bagiku..Fanatik ada baiknya yang menjurus kita kearah kejayaan jika kita berupaya menguruskan kefanatikan dalam diri kita. Sebagai contoh mudah, apakah fanatik dalam mengerjakan solat pada awal waktu itu membawa keburukan kepada diri kita. Mungkin ada keburukannya..tapi ianya hanyalah sekadar satu kemungkinan. Selagi diri bergelar insan berakal, selagi itulah kita terus mencari sejuta alasan untuk tidak menyegerakan tanggungjawab sebenar kita sebagai hamba kepada yang Maha Esa. Ok lah, sekian saja tulisan aku hari ini, sampai berjumpa di lain hari, Insya Allah.
Nota: Kekadang aku terasa malu jika bersolat pada awal waktu ketika sedang bertugas…hmm..apela nak jadi..