Dunia Islam DiDatangi Dan Dikerumuni Seluruh Dunia

Penulis hari ini akan berkongsikan tafsiran hadis ketiga mengenai kehidupan dunia islam pada akhir zaman. Semoga ianya menjadi bahan bacaan yang berguna kepada otak dan menjadi santapan yang lazat lagi mengenyangkan iman kita. Makna dan tafsiran hadis tersebut adalah;

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.   Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”    Nabi menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan”.    Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”    Nabi kita menjawab, Cinta pada dunia dan takut pada mati“. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Keterangan Mengenai Hadis

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah.

Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.

Mereka (‘mereka ini adalah kita sendiri Umat Islam’) ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.

Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah.

Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah. Kita berdoa agar Allah menurunkan pertolongan (mushrah)Nya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ulasan Penulis

Hadis ini pernah penulis membacanya daripada sebuah buku agama yang penulis sendiri telah lupa judulnya. Sejak akhir-akhir ini penyakit lupa ini sering kali menyerang diri, pada pembaca-pembaca yang tahu mengenai kaedah rawatan penyakit lupa ini, penulis berharap dapat berkongsi dan membantu penulis untuk merawat penyakit  ini. Penulis ingat-ingat lupa mengenai perkataan perumpamaan “buih di waktu banjir”, apa yang penulis pernah terbaca perumpamaanya adalah ‘buih di lautan. Oleh kerana penulis memang hanya ingin berkongsi pengajaran disebalik hadis tersebut, penulis tidak akan sekali-kali mempertikai penggunaan perkataan di dalam hadis tersebut kerana kedaifan diri penulisan dalam bidang terbabit. Apa yang diterangkan melalui hadis tersebut memang berketepatan dengan fenomena kehidupan dunia islam pada hari ini. Saranan penulis, eloklah kita sama-sama mencari kedamaian keimanan yang sebenar-benarnya untuk menjadi enjin penggerak kehidupan kita di dunia ini. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s