Kembara

Kembara Ini Aku Teruskan,
Melangkahi Simpang Sebuah Pengembaraan,
Walau Diri Tidak Berteman,
Cukuplah Sekadar Rahmat Tuhan,

Luas Laut Ingin Direnangi,
Dalam Lurah Ingin Dituruni,
Kerana Jurang Aku Unduri,
Penuhi Bekalan Makanan Hati,

Ilmu Dicari Untuk Dikongsi,
Bukan Untuk Mengangkat Diri,
Bukan Jua Untuk Diwarisi,
Kerana Ia Perintah Ilahi,

Liku Dirempuh Ranjau Ditempuh,
Sembilu Menghiris Berasa Pedih,
Kerana Daya Telahpun Lumpuh,
Kepada Dia Tempatku Merintih,

Jangan Dibongkak Banyaknya Amalan,
Walau Hidup Penuh Ibadat,
Kalau Tanpa Rahmatnya Tuhan,
Baunya Syurga Takkan Dapat,

Cerahnya Siang Kerana Mentari,
Kelamnya Malam Tanpa Rembulan,
Selamatkah Aku Kemudian Hari,
Itu Semua Urusan Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s