Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani

Hadis Kelima berkenaan kehidupan umat islam pada akhir zaman yang penulis ingin kongsikan bersama di sini adalah mengenai perihal masyarakat islam pada  zaman itu mengikut maksud hadis berikut;

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah bersabda;”Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

(Hadis riwayat Muslim)

Keterangan Mengenai Maksud Hadith

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nasrani, samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Ulasan Dari Sudut Kaca Mata Fikiran Penulis

Agak lama penulis mengamati maksud dan keterangan hadis di atas, bila difikirkan dan dipadankan dengan fenomena di sekeliling penulis dewasa ini, memang benarlah sabdaan Nabi Muhammad S.A.W. Dari semua sudut dan ruang kehidupan pada masa kini, kita sering menjurus dan memalingkan muka serta pemikiran ke arah cara pemikiran dan kehidupan Yahudi dan Nasrani. Penulis ingin mengambil contoh mudah untuk perkongsian ringan minda bersama, kalau kita sebagai pelajar, bangunnya diri kita di pagi hari dari mati sementara, minda kita akan terus berfungsi dan mengingatkan kita bahawa hari ini ada kelas, banyak kerja rumah dan assignment yang belum siap hingga kita lupa dan alpa apa yang patut dilakukan pada permulaan hari yang Tuhan anugerahkan. Jika kita sebagai pekerja, kita akan berfikir tentang masalah dan beban kerja di pejabat dan sehinggalah jika kita sebagai pemimpin, kita akan memikirkan cara untuk memimpin rakyat supaya rakyat mengenang segala jasa yang kita berikan. Ini sama halnya dengan cara kehidupan Yahudi dan Nasrani, mereka berlumba-lumba memikirkan masalah dan cara penyelesaiannya untuk kemegahan hidup di dunia. Pemikiran umat islam pada masa kini telah dijangkiti virus jiwa yang dihasilkan oleh Yahudi dan Nasrani, sehingga menjadikan islam sekarang hanya indah pada panggilan bukan pada amalan. Sekian, sampai bertemu lagi. Wallahua’llam.

Nota: Contoh yang penulis petik di atas adalah berdasarkan pengalaman kehidupan penulis sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga pemimpin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s