Golongan Anti-Hadis

Hadis Ke-enam yang menggambarkan kehidupan umat islam pada akhir zaman adalah seperti tafsir hadis Nabi S.A.W  di bawah ini,

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata: “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. Kemudian Nabi melanjutkan sabdanya, “Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah.”    (Hadis riwayat Abu Daud)

Keterangan Hadis

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran. Ia hanya percaya kepada Al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani Al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang
berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al- Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi.

Ulasan Penulis

Pada generasi penulis hari ini, telah ada penampakan wujudnya golongan-golongan yang anti-hadis. Golongan ini sememangnya menolak hadis secara terang-terangan dan mempersoalkan kesahihan hadis serta tanpa segan silu menyatakan bahawa hadis Nabi S.A.W tidak boleh digunapakai kerana tidak selari dengan Al-Quran. Al-Quran sudah cukup sempurna untuk dijadikan sumber rujukan dan sekaligus menafikan keperluan hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran. Sedarlah, Hadis itu datangnya dari Utusan Allah, bukan sebagai pelengkap kepada Al-Quran yang sememangnya SEMPURNA tetapi lebih kepada sebagai panduan Umat Islam untuk mentafsir  ayat-ayat Al-Quran secara betul dan menyeluruh. Tidak terhidupun wangian syurga jika kita tidak mempercayai Hadis Nabi apatah lagi untuk memasuki syurga. Sekian, Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s