Maal Hijrah..Disambut Atau Disambung!

Penulis hari ini ingin berbicara serba sedikit mengenai hijrah, teringat pula kata-kata ustaz dalam program Tanyalah Ustaz di TV9. Bagi penulis yang ketandusan ilmu agama, penulis merasakan program Tanyalah Ustaz ini amat bagus. Tahniah buat TV9 kerana memperbanyakan program agama dan dakwah. Kepada yang ingin mencari sinar ilmu fardhu ain dan juga kepada yang arif dalam ilmu agama, sama-samalah kita menonton program ini untuk mengisi liang-liang kosong dengan ilmu agama pada awal hari. Semoga bersama-sama beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Maal Hijrah…apakah untuk disambut atau untuk disambung? Sambut dan sambung adalah dua perkara yang amat berbeza. Mungkin ada yang dapat membantu saya untuk membezakan makna bagi kedua-dua perkataan tersebut. Berdasarkan pemerhatian penulis secara visual dan logikal, fenomena Maal Hijrah pada zaman kini hanyalah semata-mata untuk disambut tanpa mengetahui apakah pengajaran yang harus dicari,di fikir,  dikaji, diselidiki, di muhasabah serta diusrahi. Penulis mengakui, diri penulis sehingga hari ini masih mencari-cari apakah makna disebalik peristiwa hijrah ini kepada diri penulis. Bagi penulis peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W mempunyai seribu macam makna yang tersurat dan juga yang tersirat dan ianya terpulang kepada keadaan individu untuk mengetahui erti hijrah Rasulullah terhadap iman di dalam dirinya. Memang betul, Hijrah pada zaman Rasulullah adalah kerana perintah Allah S.A.W kepada Rasul-Nya supaya berhijrah (kalau bukan kerana perintah Allah S.A.W, nescaya Nabi Muhammad S.A.W tidak sekali-kali meninggalkan Kota Mekah walaupun dakwah baginda begitu sukar disebarkan dek kejahilan dan keegoan bangsa jahilliah). Kenapa harus berhijrah ke Kota Madinah?..Persoalan ini penulis tinggalkan untuk berkongsi pendapat dengan para pelayar blog penulis supaya penulis dapat berinteraksi sekaligus dapat membasahi kegersangan ilmu agama di jiwa penulis.

Pencarian pengajaran disebalik persitiwa Maal Hijrah masih penulis teruskan walaupun dibebani dengan tanggungjawab lain di dalam kehidupan seharian penulis. Penulis tidak menyatakan bahawa Maal hijrah perlu disambut atau tidak, mesti disambung atau tidak, ianya terpulang pada individu masing-masing untuk memahami apa itu Hijrah. Tetapi benak penulis sering bertanya, salahkah kita menyambut Maal Hijrah? Wajibkah kita Menyambung Hijrah Rasulullah?. Penulis harus terus belajar untuk bertanya dan mencari para alim ulama bagi menjawab soalan itu, dengan ketipisan ilmu penulis, penulis terlalu ‘mikro’ untuk menjawab soalan tersebut bagi diri penulis.

Mungkin suatu hari nanti penulis akan menemukan jawapannya, kerana penulis selalu menanamkan dalam diri penulis bahawa ‘Tuhanku’ Kau adalah Penemanku, Sepanjang Masa Menjagaku, Mengasuhku, Mengajarku, Mengingatkanku. Sedangkan aku  sering alpa melupakan Temanku, Penjagaku, Pengasuhku, Pengajarku, Pengingatku. Ya Allah …Ampunilah Hambamu ini..Amin. Bagi penulis, setiap soalan yang diaju dengan lidah dan hati  pasti akan dijawab oleh Allah S.W.T. Mungkin makna disebalik peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W akan dijawab oleh Allah S.W.T jika penulis benar-benar inginkan jawapannya. Wallahua’lam.

Di sini penulis ingin berkongsikan 2 hadis yang sememangnya signifikan dengan peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W.

Hadis Pertama,

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah

Hadis Kedua,

“Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah” [Hadis Riwayat Bukhari]

Sekian, Wallahua’llam.

One response to “Maal Hijrah..Disambut Atau Disambung!

  1. to be continued..Insya Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s