Siapa Aku?

Aku Adalah Milik Pemilik Aku Dan Selamanya Aku Akan Tetap Menjadi Milik Pemilik Aku, Walau Aku Berdaya Menjadi Aku Tetapi Dayaku Adalah Milik Pemilik Aku. Itulah Aku Insan Yang Bergelar Aku. Yang Selamanya Menjadi Pemilik Aku.

Nun Di Sana, Persimpangan Menantiku, Ku Tahu, Satu Arah Mesti Aku Pilih Dan Lalui, Berlikukah Arah Itu, Aku Pun Tidak Tahu, Dan AKu Juga Tidak Pasti, Adakah Persimpangan Ini, Persimpangan Terakhir Yang Wajib Aku Lalui, Ataupun Masih Ada Persimpangan Lain, Persimpangan Yang Harus Jua Aku Lalui, Yang Mana Satu Pilihan Aku, Aku Makin Keliru, Yang Aku Pasti, Setiap Laluan Yang Ku Lalui, Pasti Ada Cahaya Yang Menemani, Jika Jalan Yang Gelap Aku Lalui, Cahaya Itu Tetap Disisi, Kini Aku Teruskan Perjalananku, Ku Berharap Cahaya Itu Tetap Bersamaku, Hingga Aku Bertemu Persimpangan Akhirku, Simpang Yang Menjadi Penentu Kegembiraan Atau Kecelakaanku, Doaku Agar Cahaya Itu Mendorongku Memilih Jalan Kebahagiaanku Dan Bukan Jalan Penderitaanku…

Penulis merupakan seorang yang menceburi bidang teknikal, menulis blog hanyalah sekadar untuk berkongsi pendapat dan meminta secebis ilmu pengetahuan daripada pelayar-pelayar lain. Penulis masih lagi daif dari segi pengalaman, masih naif dari segi pemikiran, masih fakir dalam ilmu pengetahuan, masih kerdil untuk memberi pandangan. Oleh itu, penulis berharap agar pelayar-pelayar blog penulis ini dapat memberikan tunjuk ajar dan berkongsi segala macam perkara bagi memahamkan penulis tentang siapa penulis. Penulis sertakan email penulis, kolot452@yahoo.com sebagai medium perkongsian pendapat bagi pelayar yang inginkan sedikit ‘privacy’. Dari segi penulisan penulis, tentu ramai yang dapat menjangkakan tahap umur penulis sekarang. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s