YES FOR YEAR END SALE

Penulis hari ini ingin mencatitkan buah tulisan untuk perkongsian sesama insan berhubung ‘Year End Sale’. Bila hujung tahun je, kita  sibuk dengan aktiviti membeli belah sebagai persiapan untuk melangkah ke tahun baru, walaupun sebenarnya, kita sudahpun menyambut tahun baru islam lebih awal iaitu pada bulan muharram berbanding dengan sambutan tahun baru masihi. Mungkin kita keliru ataupun mengelirukan diri sendiri dengan aktiviti-aktiviti duniawi tanpa dapat berfikir sejenak tentang perkara ukhrawi. Penulis bersetuju dengan promosi Year End Sale kerana ianya boleh menjimatkan perbelanjaan selaras dengan tuntutan Islam supaya umatnya berjimat cermat ketika berbelanja.

Year End Sale…boleh dikatakan semua barangan adalah murah kerana diberikan potongan ‘discount’ tertentu dan menjadikan harganya amatlah menarik. Tarikan yang boleh melupakan kita tentang keuntungan yang dapat dikecapi  peniaga dengan jualan harga runtuh yang dicanang. Peniaga pada hujung tahun memang bersifat pemurah kerana menjual barangan dengan harga yang murah dan jauh bezanya berbanding dengan harga pada waktu-waktu biasa. Sememangnya Year End Sale diadakan untuk memberikan perjimatan yang lumayan dan memberi keuntungan kepada pembeli termasuk peniaga.

Penulis sebenarnya ingin berbicara tentang satu lagi jenis Year End Sale yang juga diadakan pada penghujung tahun. Apabila penulis perhatikan, orang islam memang pemurah bila di fasahujung tahun masihi, dan golongan yang paling pemurah diantara pemurah adalah golongan Wanita. Percaya atau tidak, kaum wanita terutama golongan remaja  hari ini bukan setakat pemurah dalam berbelanja tetapi pemurah dalam memberi apa yang dihajati oleh ‘sang bedal’ sempena menyambut kedatangan tahun baru. Jangan disalahertikan kenyataan penulis ini, ini semua kenyataan, penulis banyak memerhatikan fenomena sambutan tahun baru masihi, antaranya…tempahan hotel mendadak tinggi  dan amat luar biasa. Keesokannya, muncul di kaca televisyen …’Pasangan Di Tangkap Khalwat’..rata-ratanya adalah golongan remaja aka ‘Belia’ Memang pemurah orang islam zaman sekarang dalam menggadaikan maruah ‘ISLAM’. Kenapa harus penulis ambil peduli pasal semua ini, kenapa penulis tidak diamkan sahaja? Entahlah, penulis pun pelik kenapa penulis perlu ambil tahu akan hal ini. Mungkin ada sesiapa yang boleh membantu penulis untuk menjawab persoalan ini.

Year End Sale…..Malam ini di hotel, esok di kaca TV, selepas itu, hasilnya boleh dikutip di dalam tong sampah, longkang, tandas, parit dan seangkatan dengannya. Sedarlah kita semua, keseronokan dan kebebasan yang nyata tidak akan wujud di dunia ini. Dimana-mana pun di alam ini akan ada peraturan dan panduannya yang mesti diikuti. Bukan untuk melarang atau menghalang tetapi lebih kepada mengingati dan menunjukajar. Jika ingin bebas, perbanyakkanlah amal ibadat dan dekatkanlah diri dengan Allah S.W.T.  Janganlah menjadikan keseronokan yang seminit itu sebagai pemangkin bakaran  di akhirat kelak. Cuba fikirkan, jika sampainya ajal kita dalam keadaan aib atau semasa melakukan maksiat..agak-agaknya apa perasaan mak ayah, adik beradik dan saudara mara kita? Kita yang melakukan maksiat, sudah semestinya terlepas daripada merasakan penangan perasaan tersebut, kerana kita sudahpun mati, mungkin sebab itulah kita tidak segan silu melakukan maksiat tersebut tanpa memikirkan kesannya kepada yang masih hidup. Kepada golong wanita, janganlah terlampau pemurah sangat menggadaikan maruah ISLAM, kenapa maruah ISLAM bukan maruah diri? sama-samalah kita fikirkan akan hal ini. Sekian saja buat hari ini, penulis memohon maaf jika ada yang tersinggung. Tiadalah berguna sesuatu ilmu tanpa diamalkan untuk menambahkan keimanan kepada Allah S.W.T. Wallahua’allam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s