KENAPA IANYA DIPERSOALKAN

Hari ini penulis ingin melontarkan pendapat penulis mengenai persoalan remeh temeh (bagi pendapat penulis) yang di’anginribut taufankan’ oleh makhluk yang bernama manusia. Persoalan mengenai tarikh-tarikh perayaan dan hari bersejarah dalam perjalanan dakwah islam. Perkara ini telah berdekad -dekad lamanya diperdebatkan oleh muslim-muslim yang arif dan serba tahu dalam agama. Mungkin kerana tahap kedalaman dan keterluasan pengetahuan agama yang tinggi perkara-perkara berkaitan seperti  tarikh lahir Nabi Muhammad S.A.W, perlukah disambut tarikh kelahiran Nabi S.A.W padahal pada masa yang sama merupakan tarikh kewafatan Baginda Nabi S.A.W. Selain itu, dipersoalkan juga tarikh hijrah, tarikh kemungkinan kiamat berlaku dan tarikh-tarikh yang sewaktu dan sama kepentingan dengannya.

Kenapa harus dipersoalkan tarikh-tarikh tersebut? Penulis yang memang kerdil ilmu agama yang selalu berkhayal dalam fatamorgana dunia telah kusut berfikir untuk mendapat jawapannya. Ternyata penulis masih perlu belajar dan berguru atau mungkin pemikiran penulis yang terbatas ini dibataskan lagi supaya tidak terkeluar walaupun seinci dari landasan dan tunjuk ajar serta pedoman ISLAM. Kehidupan ini penuh dengan rintangan yang akan mematangkan pemikiran yang berlandaskan iman tetapi akan memusnahkan kewarasan pemikiran dan fitrah makhluk jika ianya diujipandu berpandukan nafsu.

Berbalik kepada topik utama yang ingin penulis ketengahkan, kenapa tarikh tersebut di pertikaikan kesahihannya. Mungkin kerana dengan adanya teknologi yang canggih kita mula mempersoalkan ketepatan masa satu-satu fakta atau sejarah itu berlaku. Mungkin suatu hari nanti ada teknologi canggih yang dapat mengubah masa, mempercepatkan masa, melambatkan masa serta menterbalikan masa untuk mengeatui tarikh sebenar sejarah berlaku dan melihatnya secara realiti. Mungkinkah ianya berlaku….fikirkanlah…tapi ingat dalam kita berfikir dan merenung itu sedarlah bahawa masa pada masa itu telah lama meninggalkan kita. Apa itu MASA…..jika anda tahu definisinya ..sila berikan komen pada blog penulis ini. Cuma betul yang penulis ingin tahu betul ke tidak definisi MASA yang anda berikan itu. Kalau betul..sila tunjukan buktinya supaya boleh menjadikan laman ini sebagai laman perkongsian minda. Dan cuba buktikan definisi-definisi terhadap ungkapan-ungkapan yang dipelajari semasa hayat kita ini. Tunjukan buktinya kepada penulis supaya penulis yang muflis ilmu ini tahu akan perkara tersebut.

Mengapa penulis mempersoalkan definisi-definisi dan minta dibuktikan kesahihan ungkapan-ungkapan tersebut? Kenapa semasa disekolah, kolej dan  universiti dulu kita tak minta cikgu-cikgu, guru-guru dan pensyarah membuktikan kesahihan ungkapan tersebut dan buktikannya. Kenapa kita sekarang ini tidak persoalkan tarikh dan waktu MASA itu diciptakan dan untuk apa MASA diciptakan. Kenapa kita tidak debatkan perkara mudah ini berbanding mempertikaikan tarikh-tarikh sejarah Islam? Sama-samalah kita fikirkan agenda dan propaganda yang diset-tetapkan di dalam minda kita dari kecil sampai ke penghujung hayat kita.

Bagi penulis ketepatan tarikh  dan waktu bagi kegemilangan Islam tidak perlulah dipertikaikan. Fikirkan apa hikmah yang tersurat dan tersirat disebalik kejadian tersebut dan kesannya kepada Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan ISLAM di zaman silam adalah disebabkan oleh sikap umatnya yang arif tentang agama terlalu fanatik untuk mempersoalkan perkara- perkara halus dan remeh temeh sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap agama, negara dan masyarakat.

Penulis kehairanan, mengapa dipersoalkan pasal Islam tetapi tidak dipersoalkan betul dan salahnya apa yang kita telah pelajari berlandaskan tulisan tangan manusia. Janganlah dipersoalkan suruhan dan larangan agama kerana ianya tidak dapat dijangkau oleh akal fikir manusia dan kadang-kadang manusia memerlukan masa untuk menemui jawapan disebalik larangan dan suruhan agama. Usahlah diperdebatkan tarikh-tarikh perayaan dan sejarah Islam kerana ianya adalah perbuatan yang sia-sia (bagi penulis). Mana lagi penting Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada bulan Rabiulawal atau Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan? Sama-samalah kita fikirkan. Tarikh hanyalah bertujuan untuk mengingatkan kita tentang waktu dan masa kejadian sejarah itu berlaku supaya kita tidak lupa dan alpa bahawa kejadian itu pernah berlaku. Yang penting hikmah disebalik kejadian itu berlaku. Penulis menanamkan jauh di benak hati penulis, cukup tinggikah ilmu penulis, cukup kukuhkah Iman penulis dan  cukup istiqamahkah amalan penulis untuk  mempertikaian apa yang telah ditakdirkan.

Jika suatu hari nanti Allah S.W.T membenarkan manusia dapat mengubah, mempercepatkan masa, menterbalikan masa dan melambatkan masa, adakah kita masih beriman kepada Allah S.W.T dan adakah kita mempercayai takdir kita?. Sama-sama kita memuhasabahkan diri yang penuh dengan keterbatasan pemikiran ini supaya tidak terlalu jauh terpesong ke lembah kegelapan dan masih mampu ‘melihat’ secebis kilauan Nur Cahaya Cinta Ilahi. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s