Graviti..Teori atau Hukum?

Penulis hari ini ingin membangkitkan satu persoalan mengenai mengenai graviti. Penulis tidak akan mengolah atau mengomen teori atau hukum yang telah kita sama-sama pelajari semasa di perenggan persekolahan dulu. Dulu…memang penulis akui, penulis hanya membaca dan mempelajari sesuatu tanpa terfikir (mungkin pemikiran penulis pada masa itu bersesuai dengan cara hidup dan umur penulis) samada betul atau salah teori atau hukum graviti yang diajar oleh guru-guru penulis yang sememangnya arif dalam bidang mereka.

Penulis hanya belajar dan tidak mempraktikan apa yang telah dipelajari (mungkin secara tidak sedar penulis sedang mempraktikan apa yang penulis telah pelajari) dan akhirnya hilang lesap tanpa sempat digunapakai. Mengenai topik ini, penulis hanya ingin mengemukakan satu persoalan yang selama ini bermain diminda kosong penulis, graviti…kita semua pernah mendengar ungkapan dan tahu akan perkataan itu.

Jika seseorang itu jatuh dari bangunan tinggi, dia akan jatuh ke bawah dan semua perkataan yang berkatain dengan jatuh mesti diikuti dengan  bawah melainkan jika kita berada di angkasa lepas (hanyalah agakan penulis sahaja) mungkin ada perkataan jatuh ke atas. Semua fenomena itu dikaitkan oleh graviti, semua benda yang jatuh disebabkan oleh tarikan graviti dengan kata lain tarikan graviti bumi.

Penulis mula menyoal diri penulis yang sememangnya kolot mengenai graviti, apakah sifat graviti itu, adakah ianya boleh dilihat? boleh dirasa? boleh dihidu? boleh di pegang?. Pada sesiapa yang pernah melihat, merasa, menghidu dan memegang graviti tolong kongsikan pengalaman anda dengan penulis kerana sepanjang umur penulis, penulis tidak pernah merasai nikmat itu walaupun penulis sedar yang penulis memang hidup diselubungi oleh tarikan graviti.

Wujud graviti hanya diketahui dengan melakukan eksperimen dan ujikaji mengenai tetapi penulis merasakan sampai sekarang (berdasarkan pengetahuan penulis pada masa dan ketika menulis topik ini) sifat graviti itu masih belum diketahui atau dibuktikan.

Penulis beranggapan bahawa tarikan graviti adalah bersifat MEMUSAT. Ini kerana sesuatu yang berada di dalam lingkungan tarikan graviti bumi akan tetap jatuh ke bumi.

Yang sebenarnya bukan itu yang penulis ingin katakan, penulis hanya ingin mempelawa para cerdik pandai dan bijak pemikiran mengenai teori atau hukum graviti untuk menjawab soalan penulis ini.

Jika suatu hari nanti, dengan teknologi yang canggih dan dibanggai oleh para manusia, ada seseorang yang akan menggali/menggerudi bumi sehingga tembus dimana ianya melalui kerak/pusat bumi, jika penulis mencampakkan satu syiling 50sen dari salah satu lubang yang digali tadi, adakah duit syiling 50sen tadi akan keluar ke lubang yang satu lagi ataupun hanya berada di tengah/pusat bumi?

Itulah persoalan penulis mengenai perkara berkaitan graviti. Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s