Asas Keselamatan Akhir Zaman

Penulis hari ini ingi berkongsi serba-sedikit maklumat yang penulis cari untuk kita saling ingat-mengingati dan tegur meneguri sesama umat. Hari ini, penulis ingin membicarakan mengenai asas keselamatan diri ketika berada di fasa akhir segala kehidupan di lebaran bumi pinjaman Allah S.W.T ini. Penulis ada terbaca tafsir hadis mengenai takwa dan perpaduan akan menjadi asa keselamatan diri kita ketika menjalani kehidupan di akhir zaman. Di sini penulis akan menulis kembali apa yang penulis baca tentang hadis tersebut. Sama-samalah kita renungi. Wallahua’lam.

Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah), beliau berkata,” (Pada suatu hari) Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka.   Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan hujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan.   Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?” Lalu Nabi bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”. (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Keterangan Mengenai Hadis

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zulkarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.

Komen Penulis

Hadis di atas memang memberi banyak maksud tersurat dan tersiratnya. Bagi penulis yang tipis ilmu agama ini, apa yang penulis fahami adalah hadis ini memberi peringatan kepada umat islam akhir zaman supaya bertakwa dan bersatu padu dalam segala hal yang berkaitan dengan kehidupan. Islam didatangi dalam bentuk ‘Sempurna’ merangkumi kehidupan peribadi, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam dan hubungan dengan tuhannya. Apa yang dilakukan oleh seorang insan yang bernama manusia akan menjadi penyebab dan memberi kesan kepada apa yang akan dan bakal berlaku. Oleh itu, bersatu padulah kita dalam menjalani kehidupan yang kian terbenam untuk selama-lamanya ini. Takwa kepada Allah S.W.T yang akan mendorong dan menerangi kita di sepanjang jalan kehidupan ini akan membuahkan rasa perpaduan yang erat, sekukuh dan seteguh ‘tiang ‘ langit, walau tidak kelihatan tapi ia sememangnya wujud. Wallahua’lam.


 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s