Dunia Islam Sasaran Kehancuran

Penulis yang tipis akal dan ilmunya  ini terasa ingin berkongsi kerisauan dan kegusaran mengenai kejadian-kejadian yang sedang melanda dunia islam pada zaman globalisasi ini. Penulis tidak ingin menghurai panjang lebar, cuma ingin menyatakan adakah ini semuanya adalah tanda-tanda kiamat sudah dan sedang menghampiri titik permulaannya. Usah diragui dan ditakuti tentang kiamat, kerana bagi penulis berlakunya kiamat adalah penoktah kepada kepalsuan hidup di dunia dan pemula kehidupan indah bagi yang beriman kepada Allah yang telah menjadikan kepalsuan hidup di dunia ini sebagai pemakin kesenangan hidup di akhirat. Ya…Penulis tidak menafikan yang penulis memang penakut dan memang takut untuk menghadapi kiamat, tetapi penulis juga terfikir kenapa penulis harus takut akan sesuatu yang sememangnya benar-benar akan berlaku, mungkin rasa takut ini lahir dari dalam diri penulis yang merasakan yang amal ibadah penulis ini terlalu sedikit dan mungkin juga menandakan yang penulis ini belum bersedia untuk menghadapi kiamat atau belum memperlengkapkan diri untuk bertemu dengan Al-Rabb yang Maha Esa. Itu semua persoalan yang sentiasa bermain di minda halus penulis, cukupkah amal penulis yang sekelumit ini untuk mengadap Raja kepada segala raja. Hanya Dia yang Maha Mengetahui sahaja mengetahuinya. Ok la, penulis akan menulis pada topik yang lain untuk menterjemahkan persoalan minda penulis secara zahirnya di muka kaca internet para pelayar blog penulis pada lain masa jika diizinkan-NYa. Di sini penulis ingin berkongsi satu hadis mengenai peristiwa akhir zaman. Penulis tidak mengetahui status hadis ini kerana hal tingkatan hadis ini bukan dalam bidang penulis tetapi penulis akan mempelajarinya suatu hari nanti jika diizinkan Allah S.W.T kerana ianya merupakan fardhu ain bagi penulis. Penulis harus berpegang pada Al-Quran dan Sunah Nabi S.A.W untuk menyuluh, menerangi serta memimpin penulis ke jalan lurus dan benar.  Hadis ini merungkaikan mengenai keadaan dunia islam pada akhir zaman yang mana menjadi sasaran musuhnya untuk dijadikan kambing hitam kepada punca kehancuran. Wallahuallam.

Daripada A bi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.”

Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Keterangan Hadis

Hadith di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan m engerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehw al kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar r.a , Umar r.a , Uthman r.a dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah, iaitulah berpegang kepada fahaman dan am alan ahli  sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

 

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid’ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid’ah hasanah).

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s