Anjing-Anjing Neraka

Cerita ini adalah salah satu daripada 1001 kisah teladan islam yang mana penulis muaturun dalam versi pdf dari laman sesawang. Teknologi maklumat memang bagus bagi manusia yang tahu menggunakannya. Bagi penulis, teknologi juga boleh dijadikan salah satu cara untuk menyebarkan dakwah dan berkongsi ilmu. Bagi yang mengetahui bagaimana sistem penyebaran maklumat melalui internet berlaku amatlah beruntung kerana dari segi ukhrawinya, dia mungkin terfikir betapa kompleksnya sistem rekaan yang dicipta manusia dan hanya yang terpilih sahaja akan arif mengenai bidang ini. Begitu juga dengan penciptaan manusia, cukup kompleks dan sempurna tapi apakah susah untuk mencipta manusia…Bagi Allah S.W.T..penciptaan alam dan  makhluk-makhluk-NYA tidak sedikitpun menjadi kerumitan padahal bagi manusia, penciptaan teknologi amat merumitkan, itupun belum lagi dikaitkan dengan modalnya. Sebab itulah, sampai sekarang saintis barat sibuk memerah kepala otak untuk memikirkan tentang kejadian alam dan bagaimana alam semesta dijadikan. Ekoran itu, terhasillah teori-teori karut marut mereka untuk dibuktikan oleh generasi berikutnya. Tidak perlulah kita memikirkan bagaimana Allah S.W.T menciptakan alam semesta ini, sudah memadai dengan memikirkan bagaimana Allah menciptakan manusia. Sebabnya?..Proses kejadian manusia memang lengkap dan jelas lagi nyata dirakam dan direkod di dalam Al-Quran tetapi proses kejadian alam semesta tidak dinyatakan dengan jelas . Kenapa? ini kerana akal manusia tidak akan sesekali dapat memikirkan sesuatu yang luar biasa, kerana sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah S.W.T yang tidak mahu kita lalai dan alpa serta takbur dan riak dengan ilmu yang diberikan sehingga menghasilkan teori-teori yang menjurus kepada hakikat alam terjadi dengan sendirinya hasil daripada proses -proses tertentu. Berbalik kepada teknologi maklumat ini, sungguh bertuah mereka ini. Walaupun teknologi internet ini memang kompleks dan susah difahami oleh sesetengah manusia…macam penulis yang memang kerdil dalam ilmu internet, manusia masih lagi mampu mencipta teknologi yang baru, lebih canggih dan lebih moden. Sampai bilakah perlumbaan teknologi ini akan berakhir?. Penulis pun tidak dapat menjangkakan tarikh dan masanya, tetapi apa yang penulis yakin, suatu hari nanti semua teknologi ini akan pupus dan lupus sama sekali. Kenapa? kerana bagi penulis teknologi hanya diciptakan untuk memudahkan ‘tugas’ seharian manusia. Apa tugas manusia sebenarnya?.Erm…nampaknya penulis sudah tergelincir daripada motif tajuk cerita di atas. Kepada pelayar blog penulis ini, sama-samalah kita saling tegur menegur dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Ok…jumpa dilain masa dan selamat membaca.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Qur’an
• tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.”
Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?” Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s