The Boy & The Apple Tree

Hari ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai kisah seorang budak lelaki dan sepohon buah epal. Cerita ini mempunyai makna tersurat dan tersiratnya yang tersendiri. Walaupun versi asal cerita ini penulis tidak dapat selidiki, tetapi cerita ini bagus dijadikan bahan bacaan untuk mententeramkan jiwa yang sedang serabut dek kepenatan kerja seharian yang ditambah pula dengan bebanan keluarga termasuk bebelan ibubapa. Cerita ini banyak menginsafkan penulis dan penulis berharap ia akan memberi kesan yang sama kepada pelayar-pelayar blog penulis in. Cerita ini penulis perolehi daripada seorang kawan yang mengirimkannya ke dalam email penulis mungkin sebagai peringatan dan perkongsian bersama penulis. Versi bahasa cerita ini adalah dalam bahasa cina ‘mandarin’ dan omputih ‘english’ dan diceritakan secara bergambar dan membolehkan pelayar-pelayar menghayati dengan penuh perasaan. Silalah ruangkan masa anda untuk membacanya.

Macamana perasaan anda setelah membaca cerita ini, pokok yang digambarkan dalam cerita ini adalah simbolik kepada ibubapa kita. Semasa kecil, kita suka dan sentiasa ingin bersama dengan mereka. Tetapi bila melangkah ke alam dewasa kita mula alpa dan lupa, kita sering melupakan mereka dan hanya mendekati mereka ketika kesempitan hidup dengan niat dan permintaan tertentu dan ibubapa selalu berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kerana memang naluri mereka ingin melihat anak-anak mereka berjaya.

Kita sebenarnya melayan ibubapa kita sebagaimana watak budak di dalam cerita ini tetapi kita langsung tidak berfikir dan terbayang apa yang kita lakukan sebenarnya melukakan hati kedua ibubapa kita. Kita sering menyalahkan mereka apabila apa yang kita minta dan kehendaki tidak tercapai tetapi kita juga sering melupakan mereka setelah kita berjaya.

Setinggi mana kejayaan kita, kita tetap akan ke pangkuan ibubapa kita suatu hari nanti, akan tetapi apakah ada kesempatan waktu untuk kita melakukannya kerana kekadang masa akan menyuntukkan kita dan membawa mereka pergi semakin jauh meninggalkan kita.

Di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibubapa kita dan ayat ini seiring dengan perintah beribadat kepada Allah S.W.T dan larangan menyekutukan Allah S.W.T sepertimana tafsir ayat di bawah;

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;”(Surah An-Nisa’, Ayat:36)

“Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’aam, Ayat:151)

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Israa’, Ayat:23)

Sekian saja untuk hari ini, sampai berjumpa lagi. Semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruknya dari diri saya sendiri. TQ.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s