Keajaiban Al-Quran

Waktu rehat tengahari hari ini, penulis rasa tangan cam gatal-gatal je, ingat nak dapat duit, rupa-rupanya tangan penulis nak menaip bila tengok email-email yang lama dalam peti masuk email. Penulis terbaca email yang dihantar oleh seorang kawan penulis mengenai keajaiban Al-Quran. Penulis rasa elok rasanya kalau dikongsikan di dalam blog penulis sebagai bahan bacaan ringan tapi berfaedah kerana Al-Quran itu petunjuk yang lengkap dan sempurna. Pernah juga penulis terfikir, mengapa orang barat (termasuk orang bukan islam) suka mengkaji alam, angkasa, binatang, tumbuhan, manusia dan sebagainya lagi. Akal cetek penulis menyatakan bahawa ini kerana mereka telah mengkaji sumber rujukan utama umat ISLAM iaitu AL-QURAN. Mereka berbuat begitu sebenarnya bukan kerana sains dan teknologi tetapi semata-mata untuk mencari pembuktian kepada fakta-fakta, cerita-cerita serta kiasan dan simbolik yang tercatat dan tertulis di dalam Al-Quran. Mereka ingin mencari kesilapan dan kesalahan fakta yang terdapat di dalam Al-Quran untuk dihebohkan di media massa bahawa sumber rujukan umat Islam adalah salah dah terpesong. Tetapi..harus diingat bahawa Al-Quran itu datangnya dari Allah S.W.T  bukan daripada Rasulullah dan sudah pastinya Al-Quran itu terhindar daripada segala kesilapan kerana Maha Agung dan Sucinya  Sifat-Sifat Allah S.W.T  daripada melakukan kesilapan kerana Allah S.W.T tidak pernah dan sekali-kalinya lalai daripada memerhatikan tindak tanduk makhluk ciptaan-Nya. Subhanallah. Walaupun memang tidak dinafikan ramai yang telah diberikan hidayah oleh Allah S.W.T apabila mengkaji Al-Quran. Jadi mengapa kita sekarang semakin lupa dan menjauhi Al-Quran?.Penulis akan meringkaskan apa yang terdapat pada email yang diterima penulis. Secara jujurnya penulis baru mengetahui tentang fakta ini, fakta mengenai keseimbangan yang terdapat dalam Al-Quran. Penulis pun terkejut, betul ke fakta ini, penulis akan mencari dan mengali di dalam Al-Quran. Pengirim email itu memberitahu bahawa bilangan perkataan berlawanan di dalam Al-Quran adalah sama yang menjurus kepada fakta keseimbangan dan kesempurnaan Al-Quran itu, diantaranya ia;

Bilangan perkataan:

Lelaki=24, Perempuan=24, Dunia=115, Akhirat= 115,

Malaikat= 88, Syaitan=88, Kehidupan= 145, Mati=145,

Banyak lagi contoh perkataan-perkataan yang lain tetapi penulis hanya ambil sebahagian sahaja kerana kesuntukan masa. Apa yang penulis semakin hairan ada mengenai fakta ini,

Solat=5, Bulan=12, Hari=365, Laut= 32, Tanah=13

Jika ditambah bilangan perkataan laut dan tanah (daratan)= 45

Jika dalam bentuk peratusan; Laut: (32/45)*100%=71.111%

Jika dalam bentuk peratusan; Tanah: (13/45)*100%=28.889%

Sains moden yang kita pelajari semasa zaman persekolahan menyatakan bahawa peratusan laut dan daratan adalah masing-masing lebih kurang 70% dan 30%.

Adakah ini semuanya kebetulan? Sama-samalah kita fikirkan. Bagi penulis yang cetek ilmu ini, tidak menjadi  kesalahan jika penulis mengagung-agungkan Al-Quran kerana Al-Quran adalah milik dan datangnya dari Allah S.W.T. Sekian saja untuk hari ini, yang baik semuanya dari Allah S.W.T dan yang buruknya dari diri penulis sendiri. Tq.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s