Maklumat Di Otak?

Hari ini penulis ingin menzahirkan satu persoalan daripada beribu persoalan yang bermain di minda dan akal fikiran penulis. Persoalan ini bagi penulis yang memang serba kekurangan apatah lagi jika ditanya mengenai hal keagamaan, memang terserlahlah kejahilan diri penulis ini. Salah satu sebab penulis menulis di blog ini adalah untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada yang berilmu tapi malu atau yang berilmu tapi hanya ingin berkongsi ilmu pada yang memangnya tidak mengetahui, macam saya ni, memang kerdil dalam pelbagai ilmu dan perlukan tunjuk ajar daripada yang tahu. Ok la, sekarang penulis ingin berbalik pada soalan penulis mengenai fungsi otak ini, penulis sebenarnya keliru mengenai perkaitan otak, maklumat yang kita belajar dan teknologi yang semakin canggih ini. Soalan penulis mempunyai kaitan antara satu sama lain, berikut adalah soalannya;

1) Mungkinkah pada suatu hari nanti, dengan perkembangan teknologi yang serba canggih ini, ada teknologi bagi perpindahan otak? Ini kerana, dari segi saintifiknya, jika jantung berhenti, manusia akan mati, tapi kalau otak mati tapi jantung berdegup…dalam sesetengah kes yang saya dengar doktor akan isytiharkan mati walaupun jantung hidup..mungkin sebab dah tak berguna kot. Dengan teknologi sekarang pun kita dah boleh melakukan perpindahan jantung. Adakah otak boleh dipindahkan? Boleh atau Tidak? Nyatakan sebabnya sebab penulis ingin tahu jawapannya.

2) Soalan berikutnya, adakah apa yang kita pelajari (membaca, menulis dan sebagainya), belajar matematik, belajar fizik, pandai berbahasa mandarin, inggeris, tamil, hafal Al-Quran, hadis-hadis, kitab-kitab, menjadi ahli fizik, saintis,professor, doktor, dan sebagainya, semuanya disimpan di dalam otak? Ya atau Tidak? Nyatakanlah pendapat anda kerana penulis ingin mengetahui dan memperbetulkan pemahaman penulis.

Pemahaman dan jawapan penulis kepada persoalan pertama dan kedua yang penulis persoalkan adalah BOLEH dan TIDAK sama sekali. Bagi penulis apa yang penulis belajar tidak disimpan di dalam OTAK dan OTAK mungkin boleh dipindahkan dari badan ke badan yang lain suatu hari nanti dengan izin Allah S.W.T. Ini kerana secara logik sainsnya, otak bagi orang dewasa, semuanya sama saiz dan mungkin sama beratnya. Penulis inginkan perjelasan orang yang arif dalam bidang kedoktoran untuk memperbetulkan pemahaman penulis ini.

Penulis menyatakan bahawa apa yang penulis belajar tidak disimpan di dalam otak kerana penulis berpegang pada satu pemahaman logik akal. Ini kerana manusia memang suka menerima sesuatu dengan logik akal walaupun mengetahui bahawa akal mempunyai batasan pemikiran dan had-had yang tertentu yang seiring dengan keperluan penggunaannya di dalam kehidupan seharian. Logik akal yang bermain difikiran penulis adalah penulis tidak perlulah pergi ke sekolah, belajar pelbagai mata pelajaran, sains, fizik, kimia, sastera, bahasa dan sebagainya. Sebabnya, kenapa penulis perlu belajar jika semuanya di simpan di dalam OTAK, penulis hanya perlukan duit (bagi yang tidak berduit, bagi yang berduit lagi senang) untuk melakukan perpindahan OTAK. Untuk jadi Perdana Menteri, Ustaz, Ulama dan para alim, penulis hanya perlu laksanakan pertukaran OTAK dengan mereka, jadi penulis akan dapat jadi Perdana Menteri, Ustaz dan Alim Ulama dan berfikir dan bercakap seperti mereka. Ini kerana segala maklumat yang kita belajar disimpan di dalam OTAK. BETUL Ke TIDAK pemahaman penulis ini, sila perbetulkan jika pemahaman penulis adalah silap. Jika apa yang kita belajar tidak disimpan di dalam OTAK, habis tu..dimanakah semua maklumat yang kita belajar di simpan?..Penulis lagi pening… Mungkin sebab ini kot kepala penulis semakin tak berambut…hehehe

 

One response to “Maklumat Di Otak?

  1. Salam,

    Maaf, sekadar bertanya. Siapa saudara ini sebenarnya? Lebih manis jika pembaca mengenali serba ringkas gerangan saudara penulis.

    Mana mungkin pembaca ingin merespon kepada penulis yang tidak diketahui latar belakangnya, timbul curiga di hati..???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s