7 Amalan Baik

Kematian..Mengapa kita harus takut akan sesuatu yang sememang wajib dilalui oleh setiap makhluk tuhan termasuk manusia sepertimana dirakamkan oleh Allah  S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Imran, Ayat 185 yang bermaksud

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Jadi, mengapa harus kita takut akan kematian? Persoalan ini akan saya ulas jika diberikan sedikit kesenangan masa..walaupun saya tahu dan yakin sememangnya saya tidak ada kudrat untuk mengejar masa yang akan berlalu terus meninggalkan saya terumbang-ambing di daratan ini. Sesungguhnya telah berfirman Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-‘Asr ,Ayat 1 hingga 3 yang bermaksud

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Berjela-jela pulak apa yang saya bobelkan, tapi memang menepati moto blog saya kan. Ok, la..saya ‘straight to the point’ je la, Sebenarnya saya ingin berkongsikan mengenai 7 amalan baik yang sememangnya merupakan Sunnah S.A.W. Jadi bersama-samalah kita amalkannya semoga tergolong kita di dalam golongan orang-orang diberikan rahmat dan berkat oleh Allat S.W.T.

7 Amalan itu adalah;

1. Tahajjud Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Al-Quran Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Solat di Masjid, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan,bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Solat Dhuha, jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Sedekah, jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat  selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Wudhu, jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Syaidina Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

7. Istighfar, amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sekian, untuk kali ini, bersama-samalah kita amalkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s