6 Jenis Wanita Malang

Dah lama sangat agaknya aku menyepikan diri dari dunia blog ni, nak kata sibuk tak juga, saja nak menyibukkan diri kot..heeheehee. Apa-apa pun aku terdetik nak berkongsi sedikit info yang aku terjumpa dan diketemukan mengenai 6 jenis wanita malang yang dikatakan terdapat pada buku-buku catatan Imam Al-Ghazali. Judul buku tu aku tak sempat nak cari sebagai sumber rujukan dan aku berharapkan pertolongan pembaca untuk mencarikan atas dasar perkongsian ilmu. 6 jenis wanita malang itu diterangkan secara amnya seperti di bawah;

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, Aku membuat itu keranamu.

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s