Manisnya Iman

Kali ini aku ingin berkongsi cerita yang aku dengar mengenai pendapat seorang hamba Allah di muka bumi mengenai manisnya iman. Bacalah dan hayatilah, moga-moga kita mendapat sedikit pengajaran daripada cerita ini.

Kejadian ini berlaku sekitar tahun 90-an, pada masa tu memang heboh dengan  cerita orang tarik duit ini..nak kaya punya pasal la…last2 duit tu jadi duit hancur…yang dicari tak dapat, yang dikendong berciciran..bukan cicir la gak..dah kira habis…bermula dari situ..ramai la orang-orang ini pergi berjumpa dengan orang alim..niatnya nak minta pulihkan balik duit mereka tu….pelik-pelik..manusia la katakan. Di kalangan orang yang mengejar harta benda dunia tersebut, terselit seorang pemuda, nak kata baik ..Hanya Allah yang tahu..tapi dia ni suka ambil tahu hal-hal pelik dan suka belajar dengan orang yang tahu. Oleh kerana dikatakan duit hancur tu hanya boleh dipulihkan oleh orang alim, sekumpulan tamak haloba ni pun pergi la berjumpa dengan seorang yang alim tak terkecuali juga dengan pemuda tersebut. Pemuda ini pantang dengar orang alim dia mesti nak kenal orang tu. Sebelum pergi, pemuda ini pergi berjumpa dengan tuan guru(yang mengajar dia ilmu agama) minta izin untuk pergi bersama-sama orang tamak haloba ini. Dia cuma ingin bertanyakan orang alim satu soalan…Dimana letaknya Manis Iman? Tiba hari yang dijanjikan bertemulah pemuda tersebut dan orang tamak haloba ini dengan orang alim tersebut. Mereka pun berborak la mengenai proses tarik duit ini. Si pemuda ni plak takut nak bertanyakan soalan dengan orang alim tersebut kerana takut dikatakan nak belajar agama plak. Tiba-tiba orang alim tu pun mengubah topik perbualan kepada hal sebidang tanah setelah memandang si pemuda tersebut. Si pemuda pun terkejut sambil mendengar topik perbualan baru. Orang alim tersebut menceritakan tentang sebidang tanah, ditanam dengan pelbagai jenis buah..durian, nangka, rambutan. Alim tersebut memberitahu bahawa semasa benih, kita tidak tahu samada benih itu akan bercambah ataupun tidak, tetapi kita tetap tanam juga. Dari benih terus bercambah menjadi pokok yang berbuah, semasa buahnya putik, kalau dipetik kita akan merasa kelat, masam…tak sedap, bila masak..semuanya menjadi manis…jika terlalu masak rasa buah tersebut menjadi pahit..busuk dan macam-macam lagi la..Orang alim tu bertanya dimanakah datangnya rasa manis yang terdapat pada buah-buah tersebut..pemuda terus tersentak dek kiasan orang alim tersebut sambil tersenyum…dan berkata dalam hati…tinggi ilmu orang alim ini, belum ditanya sudah tahu..Orang alim menyambung ceritanya lagi…manisnya buah itu kerana zat-zat yang diserap dari perut bumi yang senantiasa diserapnya tidak mengira waktu..ketika pokok itu masih lagi benih sehingga la berbuah dan buahnya masak…proses tersebut selalu berulang-ulang…Walaupun menanam jenis buah yang sama, belu tentu lagi manis buahnya adalah sama walaupu dari pohon yang sama. Si pemuda mengangguk tanda faham…ketika orang lain sedang galak mendengar cerita orang alim tersebut.

Cerita di atas memang penuh dengan kiasan,hanya orang yang tahu akan mengerti cerita tersebut..Sekian, terima kasih. jumpa lagi di lain hari..wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s